awak sihat? Saya sihat je.
kalau ada sesiapa yang pernah baca entry aku yang lepas mesti tau yang aku pernah belajar kat MRSM Pasir Salak. so, untuk entry kali ni aku nak cerita pasal MRSM ni. Mana tahu ada yang nak sambung study kat sini boleh buat entry ni sebagai rujukan.
actually aku sekolah kat situ tak sampai pun setahun atas faktor tertentu. jangan tanya kenapa okay. aku masuk bulan 2 tahun lepas dan pergi bulan 7 tak silap aku. jadi segala apa yang aku taip adalah suasana maktab tu pada tahun 2018. mungkin ada yang bertukar sikit semenjak aku tinggalkan maktab tu. tapi aku rasa perubahan dia taklah besar sangat. maksud aku.. aku rasa apa yang aku tulis masih lagi berlaku dekat maktab tu.
okay kita start dengan... akademik dulu okay.
MRSM Pasir Salak ni MRSM biasa means apa yang kita belajar kat situ sama je macam sekolah biasa. MRSM ni dia ada banyak jenis sebenarnya. antaranya Ulul Albab (MRSM ala tahfiz) dan IGCSE (ambik dua sijil, SPM ngan IGCSE). Jadi tak adalah komleks sangat pelajaran kat sini.
Cuma kalau kat MRSM ni sains dengan mate korang akan belajar dalam bahasa inggeris. tapi korang jangan takut. actually tak susah mana pun belajar in english. plus bukannya bahasa perantaraan korang dalam kelas guna bahasa inggeris. walaupun study in english, cikgu-cikgu tetap guna bahasa melayu juga dengan korang. kalau hundred percent pakai english comform teruk result orang gara-gara tak faham. lagipun best apa guna english language. if you all masuk uni nanti senang sebab kat uni mostly korang pakai english language. korang tak payah risau sangat sebab ingat, kawan-kawan kau nanti pun bukannya power english ni. slowly korang akan terbiasa jugak sampaikan sometimes korang akan rasa pelik belajar science and mate in malay.
itu je yang beza aku rasa kalau pasal subjek ni. untuk form 4 pulak. bila dah masuk form 4 subjek yang korang kena ambik of course sains tulen. 5 subjek teras dan bio, fizik, kimia serta addmath. namanya pun Maktab Rendah Sains Mara kan.. but korang boleh drop bio kalau korang nak dan gantikan dengan prinsip akaun. tapi ada had la untuk student yang nak buat macam tu. aku tak ingat pulak berapa. maybe in 50 students je kot.
next, aku nak cerita pasal kelas. kelas semua sekali ada 5. Actuary, Broadcaster, Consultant, Designer dan Entrepenuer. kalau disingkatkan... kelas A, B, C, D, E.
jangan tanya aku mana kelas pandai dan mana kelas bodoh. sebab kat sini satu kelas tu akan dicampurkan studentnya. maksudnya dalam satu kelas tu ada yang pandai dan ada yang kurang pandai. so, senang. yang pandai mohon tunjuk ajar pada yang kurang pandai ya.
btw, kalau exam.. kat sini dia pakai sistem pointer tau. macam kat U... pointer yang cemerlang dan dapat anugerah dari pengetua sudah tentu 3.5 ke atas. paling gempak bila kau dapat 4.00. memang orang pandang hormatlah
masa aku study kat maktab tu, aktiviti koko ada dua hari. hari Selasa dan Rabu. Selasa untuk kelab persatuan serta permainan. hari Rabu pula khas untuk badan beruniform.
kemudian aku nak cerita pasal jabatan-jabatan kat sini. actually jabatan ni macam bilik guru je la. cuma dibahagikan mengikut subjek. ada jabatan sains, matematik, sains sosial dan bahasa. setiap bilik-bilik Jabatan ni ada aircond. best kalau lepak sini. cikgu-cikgu pula sentiasa mengalukan students untuk datang ke jabatan kalau ada apa-apa nak tanya pasal study ke pasal apalah. so, jangan malu-malu nak datang situ untuk jumpa cikgu. tanyalah pasal study ke apa. cikgu takkan halau.
then dalam banyak-banyak facilities kat sini aku paling suka Pusat Sumber Pembelajaran a.k.a. PSP. alah.. kalau kat sekolah biasa kita panggil PSS or Pusat Sumber Sekolah. atau nak lebih senang perpustakaan. PSP kat sini ada dua tingkat dan kalau tengok dari langit PSP ni macam pusat maktab. tingkat bawah menempatkan perpustakaan dia dan dua bilik tayang. tingkat atas pula menempatkan kawasan untuk buat study ke apa, satu bilik komputer dan ada juga ruang komputer untuk kemudahan pelajar. actually buku dia tak banyak pun yang menarik untuk aku. apa yang best ialah ada aircond. so, aku selalu buat ulangkaji kat sini sebab sejuk.
last aku nak cerita pasal dewan selera pulak. korang akan makan lima kali sehari. breakfast, rehat (pukul 10), lunch, dinner dengan supper. maka jangan tanya aku kalau korang masuk asrama berat badan makin naik. haha. actually makanan tak delah sedap mana (tapi kalau sedap tu memang sedap betul), tapi kalau lapar kita humban je semua masuk perut. btw, masa aku sekolah kat sini dulu time rehat tu (hanya untuk waktu sekolah) tak semestinya korang hanya boleh makan kat DS. korang boleh beli makanan kat cafetaria atau kooperasi. tapi kena bayarlah. kalau DS free sajes. dan kalau supper pulak lagi meriahlah. sebab koop bukak, Persatuan usahawan muda akan bukak gerai dan akan ada pakcik-pakcik dari luar berjual kat situ. tapi DS tetap buka yaa.
Pasal Asrama
Asrama kat sini pakai sistem bilik bukan dorm like sbp. untuk MRSMPS, satu bilik 4 orang. dan semua penghuni bilik mesti satu batch. so, jangan risau jika anda takut dibuli okay. kemudian setiap bilik akan dilengkapi 4 katil single dan 4 loker. ada juga satu bakul pakaian untuk perkhidmtan dobi. kat sini ada kemudahan dobi kalau nak tahu. korang kena kumpulkan baju dalam bakul yang disediakan setiap bilik. bila hari yang ditetapkan, korang kena angkut bakul berisi baju tu ke tempat dobi. nanti acik-acik yang jaga tempat tu akan basuh. dan bila korang balik dari sekolah korang boleh ambik bakul berisi baju yang dah basuh tu dan bawa ke bilik. simple bukan? tapi bukan tiap-tiap hari lah boleh buat macam tu. setiap batch boleh hantar pakaian ke dobi dua kali dalam seminggu. nanti dia list kanlah. batch form 1 hantar hari apa, form 2 hantar hari apa.
done asrama. aku nak cerita pasal apa lagi yaa..
jawatan tertinggi pelajar kita panggil Badan Wakil Pelajar (BWP). kemudian ada Lembaga Disiplin Pelajar (LDP). LDP ni macam pengawas la kiranya. kemudian Badan Kerohanian Pelajar (Badar) dan Pembimbimg Rakan Sebaya (Peers). ni antara Badan kepimpinan pelajar yang famous la senang cerita. aku taknak explain banyak. kalau korang masuk MRSM korang tahulah benda ni.
next, aku cerita pasal jadual seharian lah ye..
setiap pagi korang mesti turun sebelum pukul 6.00 pagi. depends la. sometimes lebih dari tu sometimes kurang dari tu. sebab pagar asrama akan tutup bila dah waktu tu. kemudian korang akan solat subuh berjemaah di surau. dekat PS ni (time aku la) korang tak boleh naik asrama lepas subuh kecuali dengan kebenaran (tapi tak silap aku lelaki boleh). jadi lepas subuh sama ada korang nak breakfast atau terus naik kelas sementara menunggu perhimpunan pagi. rowcall akan ada setiap hari kemudian korang pun naik kelas dan belajar. habis sekolah pukul 2.00.after pukul 2 boleh lah pergi lunch, solat zuhur pukul 3.10 naik kelas balik untuk prep. time prep sampai 4.30. kemudian solat asar dan boleh balik bilik. then, sebelum pukul 7.00 boleh pergi dinner kemudian terus ke surau untuk solat maghrib. asrama akan kunci pukul7.00 lebih. by the way untuk maghrib dan isyak korang wajib berjemaah.
after isyak korang akan masuk kelas untuk prep sampai pukul 10.45. kemudian supper then akan ada rowcall sebelum masuk asrama. rowcall malam ni asing laki dan perempuan ya.
okay tak tau nk cerita apa dah. kalau aku ada teringat apa apa aku akan cerita.
kalau nk tanya. tanyalah. aku tak makan orang okay
good simple explanation about MRSMPS :)
BalasPadamboleh pakai buku latihan sek lama ?
BalasPadamboleh
Padamnak tanya prep tu apa ye? maksudnya time prep kit akena buat apa??
BalasPadamprep( kelas persediaan) tu time untuk study sendiri² atau buat hw ( takde cikgu )
Padam